Liputan internet menyeluruh di Sarawak dua tahun lagi

Spread the love

SELANGAU, 15 Nov: Sarawak dijangka akan mencapai 100 peratus liputan internet dalam masa dua tahun di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), 

Ini telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan penyediaan 636 tapak infrastruktur digital yang telah pun disediakan di seluruh Sarawak.

“Hari ini kita memberikan alat perantisiswa kepada mahasiswa di Sarawak, tetapi tidak ada makna jika mereka mendapat alat ini secara percuma tetapi tidak dapat digunakan kerana ketiadaan capaian internet.

Pada majlis tersebut sebanyak 25 perantisiswa diagihkan kepada mahasiswa daripada insititusi pengajian tinggi di sekitar kawasan tengah Sarawak.

Setakat ini, sebanyak 16,505 tablet telah diagihkan di Sarawak daripada jumlah 22,265 permohonan yang telah diluluskan.

Pada masa sama, Ismail berkata beliau akan menerajui kepentingan rakyat Sarawak sekiranya diberi kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya sebagai pengerusi jawatankuasa khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan pastikan segala yang tertunggak demi kepentingan rakyat di Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan pastinya tidak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” tambah beliau lagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.