Kes sabotaj bahan kempen PRU menurun – Acryl Sani

Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Kes sabotaj melibatkan bahan kempen parti politik pada Pilihan Raya Umum Ke – 15 (PRU-15) ini menunjukkan penurunan, kata Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ketua Polis Negara itu berkata, setakat ini tidak timbul isu besar sepanjang 11 hari kempen PRU-15 berlangsung di seluruh negara.

“Kejadian koyak poster bukanlah perkara baharu kerana pernah berlaku sebelum ini.

“Namun apa yang dapat saya beritahu, jumlah kes kali ini agak kecil,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Pusat Mengundi Awal Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberi jaminan yang kesemua kes dilaporkan oleh parti politik membabitkan kejadian itu akan disiasat secara adil. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.