Kenaikan peruntukan UNIFOR bukti keprihatinan kerajaan Sarawak

Spread the love

KUCHING, 15 Nov: Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian mengalu-alukan peningkatan dana yang diperuntukkan kepada Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) pada tahun hadapan.

Presidennya Datuk Richard Wee Liang Chat berkata, ia merupakan bukti keprihatinan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan kebajikan penganut agama lain sentiasa terpelihara.

Dengan pertambahan peruntukan ini katanya, ia akan meringankan beban kewangan bagi badan- badan agama di negeri ini.

“Akan lebih banyak rumah ibadat menerima bantuan kewangan untuk penyelenggaraan, naik taraf dan pembesaran kuil dan gereja mereka,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa penubuhan Unifor merupakan satu kejayaan besar di bawah GPS selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam mengamalkan dasar keterangkuman semua kaum dan agama di Sarawak.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Sarawak sememangnya berbeza dengan negeri lain dalam soal keharmonian agama,” ujarnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.