Empat kampung nikmati manfaat projek Sawas

Spread the love

LUNDU, 15 Nov: Lebih 120 penduduk Kampung Matang Terap, di sini, menerima manfaat dari projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (Sawas) bernilai sekitar RM4.39 juta.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, ia juga turut memberi manfaat kepada penduduk di tiga kampung sekitar termasuk Kampung Pugu, Kampung Sekambal Melayu dan Kampung Selarat.

Menurutnya lagi, projek Sawas ini merupakan usaha berterusan yang diusahakan kerajaan Sarawak menerusi kementerian tersebut.

“Projek ini berperanan untuk menyalurkan air terawat ke kawasan terpencil, khususnya lokasi yang tidak mempunyai jalan perhubungan serta terletak jauh dari bandar raya.

“Menerusi sistem yang diperuntukkan kerajaan negeri dan dibangunkan oleh Unimas ini, kita percaya ia dapat membekalkan air yang bersih kepada penduduk,” katanya pada majlis perasmian Sawas di Kampung Metang Terap, Lundu, di sini, hari ini.

Tambahnya, projek Sawas merupakan satu yang bersifat komuniti dengan memberikan tanggungjawab kepada masyarakat setempat untuk mengendali serta menyelenggara sistem tersebut.

Bagaimanapun katanya, pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) tetap memantau keadaan loji tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem projek Sawas sentiasa berada dalam keadaan yang baik. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.