Dua saluran dibuka di Pusat Pengundian Awal Batang Sadong

Spread the love

SIMUNJAN, 15 Nov: Pusat Pengundian Awal bagi Parlimen Batang Sadong dibuka tepat pada jam 8.00 pagi ini.

Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan, ASP Honchin Ludu menjadi pengundi pertama yang mengundi untuk Saluran 1.

Terdapat dua saluran dibuka iaitu Saluran 1 untuk IPD Simunjan dan Saluran 2 untuk Polis Gedong.

Jumlah keseluruhan pengundi untuk undi awal di Parlimen Batang Sadong adalah seramai 105 orang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Wong Tee Kue meminta anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka.

“Minta semua anggota turun mengundi menunaikan tanggungjawab dengan penuh semangat dan jangan datang di saat terakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Pusat Pengundian Awal Parlimen P.200 Batang Sadong di Bilik A Surau IPD Simunjan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.