85 peratus tunai tanggungjawab undi awal setakat 2 petang

Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Peratusan undi awal Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) membabitkan anggota pasukan keselamatan negara dan pasangan masing – masing mencecah 85 peratus setakat pukul 2 petang tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , statistik itu menunjukkan peningkatan berbanding 67 peratus pada pukul 12 tengah hari ini.

Secara keseluruhan pada PRU-15 ini, seramai 224,828 anggota tentera dan polis serta pasangan akan mengundi.

Jumlah itu merangkumi seramai 117,473 anggota tentera dan 107,355 polis serta pasangan yang mengundi di 578 pusat di seluruh negara. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.