34 peratus pengundi tunaikan tanggungjawab setakat 10 pagi

Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 34 peratus pengundi awal yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan negara telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 10 pagi tadi.

Secara keseluruhan pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini, seramai 224,828 anggota tentera dan polis serta pasangan akan mengundi hari ini.

Jumlah itu merangkumi seramai 117,473 anggota tentera dan 107,355 polis serta pasangan,

Mereka akan mengundi di 578 pusat di seluruh negara. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.