Sarawak ke arah pemerkasaan perniagaan hijau

Spread the love

KUCHING, 14 Nov: Sarawak telah berjaya mengenal pasti dengan lebih awal kepentingan memperkasa perniagaan hijau melalui teras kelestarian alam sekitar dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), Dato Johnathan Chai Voon Tok berkata, ini menunjukkan Sarawak sedang bergerak selari dengan perkembangan dunia.

“Faktor alam sekitar khususnya akan mempengaruhi cara menjalankan perniagaan di masa akan datang.

“Pada masa kini, sekiranya syarikat korporat ingin memohon kemudahan pembiayaan, pihak perbankan perlu mengakses laporan berdasarkan kemampanan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui dalam program bual bicara TVS, Malaysia Decides.

Katanya, syarikat-syarikat perniagaan perlu mempertimbangkan ESG dalam pelaksanaan perniagaan mereka, ESG merupakan kriteria yang digunakan oleh para pelabur untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan pada prestasi kewangan dan operasi sesebuah syarikat.

Syarikat-syarikat besar di seluruh dunia yang didagangkan di pasaran saham kini akan melaporkan inisiatif ESG mereka dalam laporan syarikat, bagi faktor kemampanan alam sekitar, penggunaan sumber, tahap pencemaran serta penghasilan sisa akan dinilai bagi melihat impak pengoperasian syarikat terhadap kerosakan alam sekitar, ” ujarnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.