Banjir: Dua PPS dibuka di Teluk Intan, 160 mangsa dipindahkan

Spread the love

IPOH, 14 Nov: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Teluk Intan menempatkan 160 orang berikutan bencana banjir semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, PPS  Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak masing-masing menempatkan 114 dan 46 mangsa.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9 di Changkat Jong. PPS dibuka sejak petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, banjir kilat berlaku  di Kampung Pinang Seberang dan Taman Kamunting Permai, kedua-duanya di Kamunting, Taiping,  malam tadi.

“Pemantauan mendapati air telah naik setinggi 0.3 meter akibat hujan di sebelah petang. Namun tiada mangsa dipindahkan ke PPS. Pemantauan berterusan masih dilaksanakan,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.