Abdul Karim ucap takziah kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Gita

Spread the love

KUCHING, 14 Nov: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam  tragedi kebakaran di Lorong Bunga Tongkeng, Kampung Gita, di sini, malam tadi.

Katanya,  semasa kejadian itu beliau berada di Asajaya atas urusan kerja dan berasa terkejut apabila menerima khabar buruk tersebut.

“Allahyarham Affendi Keli pernah bekerja dengan saya suatu ketika dahulu untuk tempoh yang agak panjang, sebab itu  apabila saya mendapat tahu tentang musibah ini,  saya berasa amat terkejut,” ujar Abdul Karim.

Turut terkorban dalam kebakaran kira-kira jam 7 malam itu ialah anaknya, Aneeqa Pandi, 35, dan anak saudaranya, Nor Hasyidah Ajis, 22.

Allahyarham merupakan mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan Sarawak serta mantan Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.