PRU-15: Warga Santubong bermanja dengan Nancy

Spread the love

SANTUBONG, 13 Nov: Mudah didekati, kehadiran calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato’ Sri Nancy Shukri mendapat sambutan baik oleh warga Santubong.

Mengikuti perkembangan calon Ahli Parlimen Santubong itu sepanjang tempoh berkempen ini, bagi penduduk Bandar Baru Samariang, Yanti Rashid, pemimpin wanita itu aktif turun padang.

“Saya suka melihat beliau jadi wakil rakyat kami kerana beliau ramah dan senang didekati serta beliau mahu kami bermanja dengannya,” katanya.

Sementara, berpeluang menemui Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya secara empat mata, dua pelajar tingkatan 1 dari SMK Bandar Samariang, Wan khairul Anwar Wan Sarbini dan Khair Damien Qastulaniey Khelmie mengakui hari ini merupakan pengalaman berharga buat mereka.

“Apa yang lebih membanggakan adalah apabila Dato’ Sri Nancy menandatangani jersi Manchester United (MU) yang dipakai kami. Kami suka pemimpin seperti beliau,” kata Wan Khairul.

Perasaan sama buat Grace Ak Rant yang tidak mahu melepaskan peluang bertemu untuk merakam kenangan bersama pemimpin yang dikaguminya itu.

“Saya mahu mengenali beliau secara lebih dekat lagi kerana saya suka terhadap keperibadian beliau yang rendah diri serta berjiwa besar,” tegasnya.

Dalam pada itu, memasuki kempen hari ke-9 hari ini menyaksikan Nancy menemui warga Kampung Santubong dan Bandar Baru Samariang.

Sementara pada Majlis Juh Berami dan Terapi Seni bersama Komuniti Bandar Baru Semariang turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti & Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N4 Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.