PRU-15: UMNO gantung Ketua Wanita Arau, Maran- Ahmad Maslan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Dua Ketua Wanita UMNO Bahagian digantung sementara atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penggantungan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran Datin Seri Fatimah Kassim itu, dibuat selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO.

“Penggantungan itu selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua individu terbabit secara langsung atau tidak langsung dan menyokong calon parti lawan pada PRU-15.

“Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan (dikemukakan) kepada Lembaga Disiplin dalam waktu terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad berkata pemantauan berterusan akan dilakukan UMNO terhadap ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU-15 bagi memastikan tiada unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.