Bekas Setiausaha Tetap KPSU antara tiga terkorban dalam kebakaran rumah

Spread the love

KUCHING, 13 Nov: Tiga individu termasuk bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU), Affandi Keli terkorban dalam satu kebakaran di rumah Lorong Bunga Tongkeng Kampung Gita, malam ini.

Dua lagi mangsa yang terkorban ialah anak kepada Affandi, Aneeqa Pandi, 35, dan anak saudaranya, Nor Hasyidah Ajis, 22.

Kesemua mangsa terperangkap dalam rumah dua tingkat serta disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.03 malam berhubung kejadian.

Susulan itu dua pasukan bomba diarahkan ke lokasi kejadian melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petrajaya dan Batu Lintang.

Kebakaran turut memusnahkan lima kenderaan serta operasi pemadaman api tamat jam 11 malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

“Unit K9 Bomba dan Forensik sudah tiba untuk menjalankan siasatan di lokasi ketika ini,” katanya ketika dihubungi TVS sebentar tadi.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof turut berada di lokasi kejadian sebaik selesai Isyak dan Jerayawara You’re Nothing Without Allah di Surau Darul Fadzillah, Kpg Gita Laut. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.