AKYBMS bantu perkasa belia Sarawak

Spread the love

SARIKEI, 13 Nov: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) terus membantu kerajaan memperkasa kepimpinan belia negeri ini melalui pendekatan strategik ke arah membina sebuah negara yang progresif dan berdaya tahan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, AKYBMS mempunyai hala tuju yang jelas dalam membentuk dan membangunkan generasi muda Sarawak yang berilmu dan berketrampilan.

Melalui pendekatan itu, beliau berkata, AKYBMS yakin mampu membantu merealisasikan agenda pembangunan kerajaan.

“AKYBMS melibatkan program-program seperti Pentas SAMArindok AKYBMS 2022 untuk mendekati rakyat dalam pendidikan sosial ekonomi dan sebagainya.

“Oleh sebab itu, program ini diadakan selama lima hari yang menjadi satu pendekatan yang terbaik,” katanya  kepada media selepas menghadiri Pentas SAMArindok AKYBMS 2022 di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei semalam.

Program tersebut diserikan dengan pelbagai acara menarik yang merupakan pentas pemerkasaan komuniti dalam siri jerayawara yang bermatlamat mendekati masyarakat khususnya golongan muda.

Sehubungan itu, pada tahun 1994 badan ini dinamakan Yayasan Budaya Melayu Sarawak (YBMS) sebelum didaftarkan di bawah Ordinan Amanah Khairat Sarawak dan menjadi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) pada tahun 2003.

Ilham penubuhannya tercetus semasa Seminar Budaya Melayu dalam Rangka Simposium Budaya Sarawak anjuran kerajaan negeri Sarawak.

“Jadi dalam bidang pendidikan, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian dengan adanya kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri agar dapat diberi pendedahan mengenai maklumat terkini.

“Kesemua pengajian juga akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak bagi belia yang meneruskan pengajian dalam mana-mana bidang di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),” katanya lagi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.