Uptown Samarahan serampang dua mata

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 12 Nov: Kewujudan Uptown Samarahan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) sejak tujuh tahun lalu disifatkan sebagai inisiatif serampang dua.

Suasana Uptown Samarahan yang dibanjiri oleh pengunjung di Taman Desa Ilmu di Kota Samarahan. Foto: TVS

Ia bukan sahaja membantu peniaga kecil bumiputera untuk mengembangkan perniagaan tetapi membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda khususnya di kawasan Kota Samarahan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk Rubiah Wang berkata, kebanyakan pekerja dan juru jual di tapak niaga itu adalah pelajar.

“Di uptown ini kebanyakan para pekerja, tukang jual di sini adalah para pelajar, sebab itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Uptown Samarahan DUBS (Saidi Rasemi) yang pada asalnya hendak membantu para peniaga.

“Tetapi dalam masa sama kita telah membantu para pelajar untuk terlibat dengan bidang perniagaan dan petugas juru jual dalam uptown ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke tapak Uptown Samarahan di Taman Desa Ilmu dIi Kota Samarahan di sini malam tadi.

Datuk Rubiah Wang ketika bertemu dengan para peniaga semasa melawat Uptown Samarahan di Taman Desa Ilmu di Kota Samarahan. Foto: TVS

Menariknya, kata calon GPS Kota Samarahan itu, jumlah penglibatan para pelajar dalam bidang perniagaan mahu pembantu jualan menunjukkan peningkatan ketara.

Jelas Rubiah ia bukan sahaja di Uptown tetapi di pusat perniagaan lain di Kota Ilmu itu.

“Peningkatan jumlah mereka pun semakin ketara dan bukan sahaja di uptown tetapi pusat perniagaan lain, di sana ia juga melibatkan golongan belia khasnya pelajar.

“Kalau kita lihat sepanjang jalan di Taman Desa Ilmu banyak jualan makanan pada waktu pagi di mana para pelajar menjadi juru jual kepada peniaga dan ini telah memberi pendedahan kepada mereka bukan sahaja kepada generasi pelatih dari segi peluang pekerjaan tetapi kepada masyarakat setempat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.