Sukan DEKA FIT 2022 dapat sambutan kaum wanita

Spread the love

KUCHING, 12 Nov: Penglibatan peserta wanita dalam acara dekatlon kecergasan menerima sambutan yang menggalakkan berbanding peserta lelaki berdasarkan penyertaan peserta wanita dalam acara DEKA FIT 2022 anjuran  Sarawak Obstacle Course Racing Association yang berlangsung di Stadium Perpaduan Negeri hari ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri  Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kaum wanita lebih menyedari kepentingan untuk kekal aktif dalam bersukan.

“Saya percaya bahawa dalam semangat persaingan dan kecergasan pada Deka Fit Sarawak 2022 ini akan menjadi satu kejayaan besar buat Sarawak sebagai masyarakat yang cergas di rantau ini kerana apa yang saya lihat ketika menyaksikan sukan ini, saya dapati bahawa hampir 70 peratus penyertaan wanita berbanding lelaki.

“Saya percaya aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah baik untuk pelancongan di Sarawak, ” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian DEKA FIT Sarawak 2022.

Tambahnya lagi, Sarawak merupakan tuan rumah bagi acara DEKA FIT yang pertama di Asia Tenggara apabila menyaksikan lapan buah negara yang menyertai acara ini iaitu dari Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, Australia, New Zealand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.

“Seramai 1,288 peserta dari pelbagai negara yang mengikuti acara sukan ini dan saya berharap agar sukan ini dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan datang, ” katanya.

 

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.