Fakta menarik Sabah di Bawah Bayu

Spread the love
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter berlaku di Beluran, Sabah pada 8.39 malam tadi.
Foto: Bernama
  1. 1. Merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dengan  keluasan  73,621 km persegi. (Sumber: Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia)
Negeri Sabah mempunyai kumpulan etnik yang mempunyai pelbagai dialek dan budaya terbesar iaitu sebanyak 32 kumpulan etnik dengan majoritinya ialah etnik Kadazandusun. Kumpulan lain termasuk Rungus, Bajau, Bajau Laut, Murut, Lundayeh, Orang Sungai dan Iranun. Sumber: Portal Maklumat Rakyat (PMR)
  1. 2. Terdapat kurang 90 dialek dipertuturkan oleh pelbagai etnik di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Bajau, Ida’an, Suluk dan banyak lagi.
Gunung Kinabalu
  1. 3. Gunung Kinabalu, setinggi (4,095 meter) merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan diiktiraf sebagai antara sepuluh gunung tertinggi di Asia Tenggara serta tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). 
  2.  
  3. 4. Di Lahad Datu, terdapat habitat terumbu karang dan lokasi selam skuba yang diberi nama Blue Ring Reef. 
  4.  
  5. 5. Pulau Sapi merupakan pulau yang paling popular dan paling kaya dengan hidupan laut di Kota Kinabalu. 
  6.  
  7. 6. Terdapat sebuah perkampungan resort yang di bina di atas air di Semporna dikenali sebagai Pulau Kapalai. 
  8.  
  9. 7. Pulau Sipadan merupakan salah satu destinasi tumpuan di dunia untuk penyelam.
  10.  
  11. 8. Penggunaan  kereta api di Sabah bermula pada tahun 1896 untuk mengangkut hasil getah, tembakau dan hasil lain yang terdapat di Daerah Tenom dan Beaufort. 
Kawasan Tanaman Koko. Sumber: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
  1. 9. Sabah juga merupakan pengeluar utama bagi perindustrian minyak sawit dan koko di Malaysia. Setakat suku tahun ke dua 2022, Sabah telah mengeluarkan sebanyak RM 4,361,537 tan metrik minyak sawit mentah dan mengeksport sejumlah RM16.16 juta koko dan produk-produk koko pada tahun 2021.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.