Aisha Retno di pentas Getaran Jiwa, terpukau lihat persembahan peserta

Spread the love

KUCHING, 12 Nov: Konsert Getaran Jiwa minggu ke-4 dikejutkan dengan kehadiran Aisha Retno yang menggantikan Sissy Imann untuk berganding dengan Jiggy Masin buat kali pertamanya di pentas Getaran Jiwa.

Aisha yang terkenal dengan lagu “Sutera” dan “W.H.U.T” itu yang selalu menonton Getaran Jiwa di TVS, mengakui bahawa banyak bakat terpendam yang ada di Sarawak.

“Terkejutnya saya apabila ramai peserta-peserta di Getaran Jiwa ini sangat berbakat dan ‘underrated.’

“Saya amat berbesar hati dapat mengacara dan manyaksikan juga persembahan mereka,” katanya selepas tamat konsert Getaran Jiwa di Stadium MBKS pada malam tadi.

Beliau juga berkata, bahawa uniknya program itu ialah peserta-peserta diberi kebebasan untuk memilih genre dan mengubah susunan muzik lagu-lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

“Bagi Aisha, setiap artis perlu berani mengubah cara lagu dan genre dalam mana-mana persembahan mereka.

“Kalau kita mendengar lagu P. Ramlee dan Saloma semuanya sangat mendayu dan santai dan apabila diolah dengan rentak muzik yang baharu, itu yang menjadikan satu persembahan yang sangat berlainan dan di luar kotak,” tambahnya lagi.

Apabila ditanya mengenai perancangan beliau untuk membuat konsert di Sarawak khas buat peminatnya, beliau amat-amat mengalukan undangan daripada mana-mana pihak untuk membuat persembahan di Sarawak.

Buat peserta-peserta yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir, Aisha berharap agar kuatkan semangat fizikal dan mental kerana tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum ke peringkat final.

“Pesan Aisha, jangan mudah putus asa, ‘go with the flow’ dan juga bersedia untuk menerima apa jua cabaran yang bakal diberikan oleh pihak produksi Getaran Jiwa,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.