Tiga persatuan bukan Islam terima geran UNIFOR

Spread the love

SIBU, 11 Nov: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak menyerahkan sumbangan berjumlah RM38,400 kepada tida pertubuhan termasuk Tokong Tua Pek Kong Sibu di Sibu untuk menampung perbelanjaan.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian kepada Pertubuhan Meninggikan Akhlak Che Kim Khor, Sibu Eng Ann Teng Tua Pek Kong Temple Charitable Trust dan Persatuan Tung Lok Sia yang masing-masing menerima peruntukkan berjumlah RM12,800.

Menurut Dr SIm bantuan UNIFOR merupakan ebahagian daripada usaha kerajaan menjaga kepentingan semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu pertubuhan-pertubuhan ini membayar bil utiliti mereka kerana pendapatan terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sepanjang pandemik Covid-19,” katanya.

Dr Sim berkata demikian pada Majlis Penyampaian Geran di Eng Ann Teng Tua Pek Kong, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Dr Sim menzahirkan penghargaan kepada badan agama dan tempat ibadat bukan Islam atas kerjasama dan bantuan sepanjang pandemik Covid-19 sebelum ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang Ming Tee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi perlimen Sibu Clarence Ting Ing Horh dan calon GPS bagi parlimen Lanang Wong Ching Yong. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.