Projek jambatan, jalan Pasi siap suku pertama 2024

Spread the love

SARIKEI, 11 Nov: Projek pembinaan jalan dan jambatan yang menjadi penghubung laluan Sarikei-Tanjong Manis dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2024.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pelaksanaan projek berkenaan kini berjalan lancar sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan dalam meneruskan usaha itu demi manfaat rakyat.

Pembinaan laluan itu katanya, menyaksikan pembangunan tetap menjadi keutamaan dalam usaha kerajaan untuk mengubah taraf sosial dan ekonomi rakyat.

“Pelaksanaan projek rakyat itu juga membuktikan komitmen tinggi kerajaan di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).

” Perkembangan positif ini juga hasil kesungguhan dan komitmen agensi pelaksana dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar,” katanya ketika berucap pada Majlis Jum Regista Bisnes anjuran Kementerian Perdagangan Antaranangsa Industri dan Pelaburan Sarawak.

Program dirasmikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.