Tun Taib terima kunjungan hormat Pengarah Kastam Negeri Sarawak

Spread the love

KUCHING, 10 Nov: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak yang diketuai oleh pengarahnya, Dr Ahmad Taufik Sulaiman di Demak Jaya, di sini.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan Dr Ahmad Taufik sebagai Pengarah Kastam Negeri (PKN) Sarawak yang baharu.

Ini merupakan kunjungan pertama Dr Ahmad Taufik kepada Tun Taib selepas dilantik sebagai pengarah pada 7 Oktober 2022 yang lalu bagi menggantikan Herman Shah Abdullah yang bersara wajib.

Berasal dari Pahang, beliau sebelum ini pernah bertugas di Sabah pada 2018 sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kastam Negeri.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarawak, Ahmad Mazuki Yasin, dan Ketua Bahagian Khidmat dan Pengurusan Sumber Manusia, JKDM Sarawak, Mohd. Apin Pauzan. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.