Tuai rumah sebagai penghubung kerajaan dan masyarakat

Spread the love

KAPIT, 10 Nov: Tuai rumah berperanan menceritakan masalah penduduk kepada wakil rakyat atau jabatan kerajaan agar pelaksanaan program dan projek pembangunan berjalan lancar.

Setiausaha Agung (Gabungan Parti Sarawak) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata wakil rakyat dan jabatan kerajaan tidak dapat memantau semua situasi dihadapi penduduk.

“Tuai rumah merupakan ejen pihak berkaitan untuk menyalurkan maklumat tentang permasalahan penduduk dan begitu sebaliknya apabila mereka berperanan menyampaikan maklumat kepada penduduk,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Kedua Persatuan Penghulu dan Tuai Rumah Daerah Song di sini pada Rabu.

Nanta yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Kapit berkata lagi, tuai rumah atau ketua masyarakat yang lain perlu memahami program pembangunan kerajaan agar mudah menyampaikan maklumat kepada penduduk.

“Saya sarankan agar persatuan ini (Persatuan penghulu dan Tuai Rumah Daerah Song) dapat mengadakan lebih banyak kursus berkaitan peraturan, prosedur, polisi baru untuk mereka menambahkan pengetahuan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.