Rumah panjang Katibas nikmati limpahan projek pembangunan

Spread the love

KAPIT, 11 Nov: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan beberapa projek pembangunan bagi rumah panjang di Katibas, Song demi kemudahan penduduk di kawasan itu.

Katanya, projek tersebut telah diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bagi mengakhiri penantian penduduk di Song.

“Matlamat kita mengumumkan projek yang telah diluluskan oleh Premier Sarawak ini kepada penduduk setempat adalah untuk memastikan mereka tahu status pembangunan projek di kawasan mereka. Sebab pembangkang sentiasa menggunakan peluang untuk memburuk-burukkan GPS denga mengatakan mereka hanya meluluskan projek, namun tidak melaksanakannya.

“Setiap projek yang diluluskan memerlukan satu perancangan yang terperinci sebelum ia dilaksanakan, GPS sentiasa melaksanakan janji kepada rakyat,” katanya ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jarop Nanga Sepadi Katibas.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu turut memaklumkan pembangunan di kawasan luar bandar sentiasa mejadi keutamaan, namun dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau telah mengumumkan kelulusan beberapa projek di daerah tersebut sekaligus menepis dakwaan pembangkang yang sering menggunakan modal berkempen dengan mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya berjanji tetapi tidak menepati.

“Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk menurap jalan di Rumah Jarop, Nanga Sepadi, membina jambatan Rumah Jamba Nanga Satup Sungai Rian dengan kos RM78 juta, pembinaan jambatan Ulu Katibas di Nanga Bangkit dengan kos RM35 juta, pembinaan jalan ke Ulu Sungai bangkit dengan kos RM70 juta dan cadangan pembinaan dewan serbaguna dan skim penempatan baru Song fasa dua yang ditender semula.

Selain itu, Uggah turut menyerahkan cek Unifor kepada Gereja St Herbert berjumlah RM400,000 dan Gereja Methodist Kapit berjumlah RM350,000.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah calon GPS untuk Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan, dan ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.