Projek bina baharu bangunan SK Serembu bermula 2023

Spread the love

BAU, 10 Nov: Projek pembinaan sekolah ganti penuh, Sekolah Kebangsaan Serembu di sini dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan dan dijadual siap pada 2024.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata sekolah berkenaan disenarai dalam fasa ketiga projek mengganti serta membaik pulih sekolah daif di Sarawak menerusi dana RM1 bilion daripada kerajaan Persekutuan.

Katanya, murid-murid dan kakitangan sekolah tersebut akan ditempatkan di blok sementara ketika pembinaan bagi penggantian penuh bangunan sekolah itu siap.

“Ketika ini mereka (SK Serembu) mempunyai 250 murid yang memerlukan 12 bilik darjah, namun blok sementara ini mempunyai enam bilik darjah.

“Bangunan baharu akan lebih kondusif untuk sesi pembelajaran dan pengajaran,” katanya ditemui pada sesi dialong bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Serembu di sini, hari ini.

Menurut Dr Annuar, penggantian penuh bangunan sekolah berkenaan lebih baik berbanding hanya melaksanakan kerja-kerja baik pulih.

Jelasnya, projek baik pulih itu tidak memberikan banyak perbezaan ketara berbanding keadaan asal bangunan dan kemudahan sekolah.

“Jika kita kategorikan (untuk projek baik pulih) mungkin mereka (Kementerian Pendidikan) akan menggantikan sesetengah bangunan sahaja.

“Sebab itu saya telah tegaskan adalah lebih baik untuk kita melakukan penggantian penuh bangunan sekolah kerana jika tukar sikit-sikit ia tidak memberikan apa-apa perbezaan,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.