Sarawak hab utama pengeluar cip hijau

Spread the love

KUCHING, 9 Nov: Sarawak mahu menjadi destinasi utama sebagai industri penghasilan semikonduktor yang akan mengorak langkah penghasilan cip hijau.

Hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ini sekali gus menjadi wilayah hab penyediaan kepada penyelesaian masalah teknologi hijau melibatkan industri tersebut.

Menurutnya pembangunan industri pembinaan semikonduktor dan penghasilan cip hijau bakal permulaan kepada Sarawak untuk menuju ke arah kelestarian alam sekitar dan ekonomi berstatus tinggi.

“Semikonduktor memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga bersih dengan membolehkan sumber tenaga bersih yang boleh diperbaharui dan meningkatkan kecekapan tenaga,” katanya.

Sarawak hab utama pengeluar cip hijau

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Kampung Digital TEGAS, Samajaya, di sini hari ini.

“Peranti semikonduktor juga digunakan untuk mengkondisikan kuasa daripada tatasusunan suria dan turbin angin supaya tenaga boleh digunakan oleh peralatan elektrik dan disalurkan ke grid elektrik,” katanya.

 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn serta Ketua Pegawai Eksekutif SMD Conductor Shariman Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Melexis NV (Belgium) Marc Biron dalam Majlis Perasmian Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Kampung Digital TEGAS, Samajaya. Foto: Burhanuddin Kamel (TVS).

Abang Johari menambah, dalam usaha menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran utama cip hijau, peningkatan produktiviti akan dipergiatkan terutamanya dalam bidang aktiviti pembuatan elektrik dan elektronik.

Justeru, beliau berharap melalui kerjasama dan perkongsian dengan Melexis Technologies NV dari Belgium, Sarawak akan dapat menambah nilai dan sumber kepada rancangan pengembangan pihak syarikat tersebut.

“Hubungan kita dengan Melexis menjadi semakin penting berikutan peningkatan pelaburan mereka di Sarawak dan pembangunan industri semikonduktor sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya sedar bahawa Melexis merancang untuk menggandakan kapasiti pengeluarannya melalui kemudahan fasiliti di Samajaya menjelang 2025,” ujarnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.