PRU-15: Pendidikan berkualiti untuk masa depan generasi muda

Spread the love

MIRI, 9 Nov : Pendidikan yang berkualiti sangat penting untuk masyarakat terutamanya  generasi muda agar mereka dapat mempersiapkan diri untuk masa depan yang lebih gemilang.

Calon GPS kerusi Parlimen Miri, Jeffery Phang Siaw Foong berazam meningkatkan taraf pendidikan di sekolah dan institusi pengajian tinggi Sarawak selari dengan manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

“Kita menyasarkan autonomi pendidikan untuk Sarawak supaya pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif sekali gus dapat memudahkan proses pembelajaran mereka.

“Apa yang kita sasarkan untuk pendidikan berkualiti ialah kita mencadangkan untuk mempunyai autonomi pendidikan kita untuk Sarawak. Pada masa lalu, kita mempunyai sekolah dalam keadaan kurang elok, jadi kita buat rayuan kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembiayaan dan pengubahsuaian,” katanya ketika mengadakan sidang media di pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau hari ini.

Ujarnya, pelajar perlu dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan kerana mereka bakal menyumbangkan tenaga kerja untuk Sarawak yang amat diperlukan agar Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

“Kita menyasarkan untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi dan negara maju pada tahun 2030. Oleh itu, semua pelajar perlu diperlengkapkan dengan kemahiran.

“Kita perlu melahirkan kakitangan profesional, teknikal, kemahiran teknikal yang mencukupi untuk menyokong industri kita supaya orang kita boleh dilatih untuk mengambil semua pekerjaan pada masa akan datang, ” ujarnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.