PRU-15: GPS ubah masa depan penduduk di Kanowit

Spread the love

SIBU, 9 Nov: Perlaksanaan pembangunan yang berterusan dilaksanakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan Kanowit yang merupakan salah satu kawasan di luar bandar negeri ini.

Menurut Tuai Rumah Stephen Intai, 76, pelaksanaan projek bekalan elektrik, bekalan air, jalan raya dan liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Nanga Sekeroh Sungai Poi memberi manfaat kepada mereka.

Katanya, jika dahulu kehidupan mereka susah untuk melakukan aktiviti harian kerana ketiadaan bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Kerajaan laksana pembangunan, pertama jalan, kedua bekalan elektrik, ketiga air yang kini dalam proses, jadi kami berasa gembira, hubungan kami dengan kerajaan, keluarga dan kawan sekarang bertambah baik,” katanya ketika ditemui TVS.

Bagi Qallixta Janice, kemudahan seperti jaringan telekomunikasi adalah sangat penting baginya sebagai pelajar.

“Kalau ikutkan pengalaman saya, jika liputan perkhidmatan internet baik, saya dapat menggunakan banyak apps, seperti whatsapp, telegram dan yang lain untuk kami berkomunikasi dengan guru buat kerja sekolah,” katanya.

Rh Stephen Intai, Nanga Sekeroh, Sungai Poi. Foto: Madeline Dugat (TVS)

Seorang lagi penduduk, Dorina Umpi berkata, dia berharap kerajaan akan menambah baik kemudahan di kampung mereka pada masa akan datang bagi mengangkat taraf hidup penduduk.

“Walaupun kadang-kadang liputan internet lemah, kami berharap kemudahan ini dapat ditambah bak,”katanya.

Sementara itu, isu ini dipanjangkan kepada wakil rakyat di kawsan parlimen Kanowit, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Katanya, kerajaan  Sarawak sentiasa memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur, jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air di kawasan Kanowit.

Sehubungan dengan itu, Aaron berterima kasih kerana perancangan pembangunan di kawasan Kanowit telah dimasukkan dalam rancangan URDA oleh kerajaan Sarawak.

“Semua ini termasuk dalam perancangan, bila dilaksanakan kita tunggu sahaja, perkara ini memang akan dilaksanakan cuma tidak boleh dilakukan serentak, kita akan buat secara berperingkat,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.