Fakta menarik Pahang

Spread the love
Sumber: Portal rasmi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur

1. Negeri terbesar di Semenanjung Malaysia berkeluasan 35,965 kilometer persegi.

Foto: Sungai Pahang

2. Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 459 kilometer. 

3. Tasik Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35 km dan selebar 20 km yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Ia merupakan tasik tawar terbesar di Malaysia yang unik.  

4. Memiliki pusat peranginan Cameron Highlands yang menawarkan tarikan pelancong seperti Ladang Teh dan Strawberi. 

5. Lombong Bijih Timah Sungai Lembing merupakan antara lombong terdalam dan terpanjang di dunia iaitu sepanjang 355 kilometer dengan kedalaman sehingga 700 meter. 

6. Terkenal dengan keunikan Tenun Sutera Pahang yang ditenun dengan pelbagai corak yang menarik.

7. Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 2,187 meter merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.