Sarawak padam istilah negeri paling miskin di Malaysia

Spread the love

KUCHING, 8 Nov: Sarawak kini sudah tidak lagi menjadi sebuah negeri yang paling miskin di Malaysia seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak luar.

Ini berikutan Kerajaan Sarawak berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memajukan Sarawak seiring dengan aspirasi pelan tindakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak (UiTMCS) Kampus Samarahan Dr Nur Aida Kipli, apa yang dimaksudkan adalah jurang hasil pendapatan rakyat berbanding dengan negeri yang lain.

“Perbezaan komposisi, populasi dan metropolitan di Sarawak dan di Semenanjung Malaysia adalah sangat tinggi,

“Tugas Sarawak kini adalah untuk mendapatkan hasil pendapatan yang tinggi di kalangan rakyat Sarawak supaya kita juga memperoleh keuntungan yang sama-rata seperti penduduk-penduduk di Semenanjung Malaysia,” jelas beliau ketika ditemui dalam program bual bicara Malaysia Decides.

Tambah beliau, mandat harus diberikan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) jika mahu maju lebih ke hadapan.

#MalaysiaDecides | Perjuangan Hak Rakyat Sarawak

“Kita sekarang ini sudah maju ke hadapan dan dengan adanya perancangan serta harapan rakyat kepada mereka, kita boleh setanding dengan kedudukan dengan Semenanjung Malaysia.

“Jika kita melihat kemenangan GPS yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri (PRN12)  Sarawak menunjukkan sebanyak 100 inisiatif telah ditunaikan dengan jayanya dan semua dapat menikmati kekayaan negeri ini,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.