RUU Anti Lompat Parti bendung ahli politik ‘melompat’ sesuka hati

Spread the love

LAWAS, 8 Nov : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bakal membentangkan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti bagi membendung gejala ahli-ahli parti politik ‘melompat’ sesuka hati, tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, pembentangan akan dilaksanakan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bermula 21 November ini.

“Kita di peringkat negeri juga memandang serius tentang hal ini dan tidak seharusnya ada ahli-ahli parti yang sesuka hati ‘melompat’ parti,” katanya ketika merasmikan Program Sarawakku Sayang, di Long Tuma, di sini, hari ini.

Jelas Abang Johari, arena politik merupakan suatu proses perkhidmatan untuk rakyat yang mempercayai kredibiliti kepimpinan sesebuah parti itu.

Perkara lain yang bakal diketengahkan pada Persidangan DUN hujung bulan ini kata Abang Johari adalah mengenai pembentangan RUU Dana Berdaulat dan pengumuman pendapatan negeri pada tahun ini yang mencecah dua digit bagi bilion ringgit.

“Sebelum ini kita sudah maklumkan pendapatan Sarawak sudah mencecah RM10 bilion, nanti hujung bulan November saya akan umumkan lagi berapa pendapatan Sarawak pada tahun ini, juga membabitkan dua digit bilion ringgit,” ujarnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.