Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan di Dalat

Spread the love

DALAT, 8 Nov: Dua lelaki berusia 50 dan 60 tahun maut dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di Jalan Tamin, Selangau dan Kampung Sungai Kut, dekat sini semalam.

Dalam kemalangan pertama, seorang lelaki dikenali sebagai William Ptrus maut selepas kereta jenis Proton Wira bertembung dengan sebuah pikap di Batu 35, Jalan Tamin di sini, malam tadi sekitar jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Saga Cunggat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.15 malam.

Katanya, pemandu kereta Proton Wira tersebut didapati tersepit dan telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau.

“Mangsa (William) disahkan meninggal oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian manakala pemandu pikap berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Kemalangan kedua melibatkan seorang pemandu lori 10 tan dikenali sebagai Jainudin Janal, 60, maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di lokasi berkenaan kira-kira jam 7 malam  tadi.

Kemalangan di Kampung Sungai Kut. Foto: BBP Selangau

“Siasatan awal pihak polis mendapati lori yang dipandu mangsa dengan muatan batang pokok sagu dipercayai hilang kawalan dan terbabas mengiring kesebelah kanan sebelum terjatuh dalam parit berhampiran Jambatan Mat Win,” jelasnya.

Mangsa yang tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba jam 7.10 malam, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Saga berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.