Juruteknik maut langgar pokok, hasrat jumpa anak tidak kesampaian

Spread the love

SIBU, 7 Nov: Seorang juruteknik maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terlanggar sebatang pokok di Jalan Paradom di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, mangsa, Augustine Langan Pas,32, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu  bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sebaik menerima panggilan berhubung kes itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari Bintulu ke rumahnya di Sungai Sian, Bintangor,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Bagaimanapun katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu mangsa dikatakan telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.

Menurutnya, perlanggaran tersebut menyebabkan mangsa tersepit, kereta Perodua Bezza yang dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan .

“Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans hospital Sibu di lokasi kejadian, mayat mangsa dihantar pihak polis ke bilik mayat hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Rumah Pas, Sungai Sian, Bintangor dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan isterinya yang baharu melahirkan anak kedua mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambah Zulkipli. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.