COVID-19: Daerah Kuching merekodkan kes tertinggi baharu

Spread the love

KUCHING, 7 Nov: Satu lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sibu dalam tempoh seminggu lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  (JPBN) Sarawak turut memaklumkan 459 kes baharu direkodkan dalam tempoh tersebut.

“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu itu sebanyak 446 kes dalam kategori satu dan dua manakala 13 kes dalam kategori tiga, empat dan lima.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat sebanyak 317,835 kes sejak dilanda pandemik,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Daerah Kuching menjadi penyumbang kes tertinggi sebanyak 192 kes, diikuti dengan daerah Sibu sebanyak 55 kes dan daerah Miri sebanyak 52 kes.

Manakala Belaga, Sebauh dan Tebedu masing-masing tidak mencatatkan kes baharu COVID-19. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.