URDA pemacu pembangunan tiga kawasan Parlimen, lapan DUN

Spread the love

KAPIT, 6 Nov: Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) memacu pembangunan tiga kawasan parlimen merangkumi lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) setempat secara menyeluruh.

Pengerusinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata pembentukan URDA dikhususkan untuk memfokuskan pembangunan di Kapit, Kanowit dan Hulu Rajang .

“Di tiga kawasan ini, pembangunan sememangnya ada tapi belum lengkap. Oleh itu, saya bersama Ahli Parlimen di kawasan ini serta ADUN akan terus berganding bahu dalam memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan baik termasuk menyediakan akses jalan raya yang baik,” katanya.

Selain menyediakan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan air kata Nanta URDA kini berusaha membangunkan akses telekomunikasi yang baik.

“Selepas perbincangan meja bulat pada bulan April yang lalu, kami sedar pentingnya untuk kami fokus kepada pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan pendapatan isi rumah,” ujarnya URDA mahu menjadi sebahagian agensi yang menyumbang kepada perlaksanaan dasar negara iaitu membasmi kemiskinan.

Katanya, kerajaan sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa menyediakan dana untuk URDA dan kini jawatankuasa URDA sedang berusaha memperhalusi dana dari kerajaan Persekutuan.

“Setakat ini URDA telah menaiktaraf akses jalan raya terutamanya menghubungkan rumah panjang dan pasar Kapit. Penduduk dilihat menerima manfaat terutamanya ramai yang mula berniaga kerana hasil pertanian telah senang dibawa dari rumah panjang ke pasar tamu,” jelasnya.

Seterusnya, Nanta yang juga penyandang kerusi parlimen Kapit memberitahu URDA juga akan membina semula Kolej Profesional Mara di Kapit.

“Ini memang sudah ada dalam perancangan namun selepas kerajaan betukar dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan, maka peruntukkan ditarik balik,” ujarnya ketika ditemui TVS baru-baru ini. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.