Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Lima ‘Raja Sungai’ Regatta Sarawak 2022

Spread the love

KUCHING, 6 Nov: Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Lima merampas semula gelaran ‘Raja Sungai’ daripada pasukan LANDAS hari ini sekali gus merangkul Piala Tuan Yang Terutama (TYT) di Regatta Sarawak 2022.

Kejayaan pasukan Yayasan Sarawak bagi kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki itu telah membawa pulang Piala TYT serta wang tunai berjumlah RM20,000 selain piala pusingan.

Sungai Sarawak berkocak juga oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Pantai Damai GP Binladen Empat di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan piala iringan.

Seterusnya tempat ketiga milik Pasukan UDAK dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM8,000 dengan piala iringan.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang di Tebingan Sungai Kuching di sini. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.