Limbang sudah ada doktor pakar – Hasbi

Spread the love

LIMBANG, 6 Nov: Hospital Limbang kini mempunyai doktor pakar termasuk Unit Rawatan Rapi (ICU) kata Timbalan Menteri Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Limbang itu mengesahkan ketika ini hospital berkenaan sudah mempunyai pakar perubatan dalam pelbagai bidang.

“Alhamdulillah, Limbang sekarang sudah mempunyai enam ataupun tujuh orang doktor pakar,” katanya kepada TVS ketika diminta mengulas mengenai keluhan penduduk setempat mengenai ketiadaan pakar di fasaliti kerajaan berkenaan.

Menyangkal ketiadaan doktor pakar di sini, Hasbi turut memberitahu bahkan hospital terbabit juga mempunyai ICU walaupun belum mempunyai blok baharu.

“Tetapi bilik-bilik doktor pakar sebenarnya sudah ada. Kita difahamkan kalau sudah ada anaesthetist (pakar bius) ditempatkan di Limbang maka kita juga ada akan ada pakar bedah di sini untuk melaksanakan pembedahan dan sebagainya,” jelasnya.

Hasbi menambah sebelum ini kerajaan Sarawak sudah membuat permohonan untuk menambah kemudahan kesihatan (hospital pakar) di Limbang kepada kerajaan Persekutuan.

“Kalau mereka (kerajaan Persekutuan) nak buat blok baharu sahaja apa salahnya kita terima kerana ia antara permintaan kita,” tegasnya. -TVS

 

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.