Jasa Datuk Seri Wan Junaidi tidak terbalas – Azizul

Spread the love

LUNDU, 6 Nov : Jasa mantan Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang terlalu banyak menghidangkan pembangunan untuk mengubah wajah kawasan Tanjong Datu tidak akan dilupakan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu disifatkan Azizul seklai gus memberi impak positif kepada sosioekonomi setempat hingga kawasannya kini digelar hab pelancongan baharu Sarawak.

“Mewakili masyarakat Tanjong Datu saya ingin ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas jasa dan pengorbanan beliau yang kita semua tidak mampu membalasnya,” katanya.

Azizul berkata demikian ketika Pelancaran Jentera Pilihanraya N3 Tanjong dan sesi bertemu dan bersuai kenal calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Nancy Shukri bersama AJK Cawangan PBB N3 Tanjong Datu dari badan Induk, Wanita dan Pemuda Pbb N3 Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu di sini, hari ini.

Sementara Azizul memberitahu dirinya berbesar hati untuk membantu Nancy memimpin Santubong selepas ini sekiranya ‘Puteri Santubong’ itu diberikan mandat oleh rakyat untuk mengemudi parlimen berkenaan.

“Saya yakin kehadiran Datuk Seri Nancy di sini (Parlimen Santubong) akan merancakkan strategi kita untuk memperkenalkan Tanjong Datu sebagai hab pelancongan kepada pelancong luar Sarawak,” ujarnya.

Menurut Azizul selepas ini Tanjong Datu turut dikunjungi orang luar selepas lokasi sifar kilometer itu menjadi antara destinasi pelancongan rakyat Sarawak.

“Ini kerana bakal Ahli Parlimen kita merupakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,” jelasnya optimis strategi sektor pelancongan di Tanjong Datu akan mantap.

Terdahulu majlis menyaksikan Azizul memperkenalkan jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kepada Nancy serta kepimpinan akar umbi yang menjadi nadi GPS di kawasannya. – TVS

 

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.