Inisiatif PLF basmi buta huruf dalam kalangan warga emas di rumah panjang

Spread the love

KAPIT, 6 Nov : Bergelar warga emas bukan penghalang bagi 40 orang peserta Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) dari Rumah Jandok Ulu Yong dan Rumah Jacob Sungai Menuan, Kapit menimba ilmu. 

Inisiatif penduduk dua rumah panjang berkenaan mendapat pujian daripada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berikutan katanya program itu membantu kerajaan membasmi buta hurus di kawasan pedalaman.

Menuurutnya, peserta program ini bukan sahaja mempunyai minat belajar bahkan usaha pihak penganjur iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah membuktikan pendidikan tidak dibatasi geografi.

 

Nanta ketika berucap pada Majlis Perasmian PLF.

“Jasa Pendidik KEMAS untuk melonjakkan kecemerlangan program pendidikan literasi ini tidak mengenal batasan geografi. Para Pendidik di pedalaman pun berupaya untuk melonjakkan prestasi pencapaian celik huruf,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Tambahnya lagi, usaha ini dilihat mencapai matlamat iaitu membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat khusunya di luar bandar apabila kadar literasi peserta juga telah meningkat daripada 74 peratus kepada 98 peratus.

Sementara itu, peserta PLF, Jandok Untam mengakui program sebegini  membantu penduduk di rumah panjang celik huruf di samping menambah ilmu.

“Saya bersyukur sebab kami di rumah panjang ada yang tidak tahu membaca, tetapi kini boleh membaca, mengira dan menulis. Program ini membantu kami terutamanya tuai rumah seperti saya kerana saya lebih memahami apa informasi terkini di TV, surat khabar dan juga program-program yang disediakan kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lorita Melin iaitu guru yang mengajar peserta memaklumkan mengajar penduduk di rumah panjang terutamanya warga emas sangat menyeronokkan. Mereka sentiasa menunjukkan keiinginan untuk tahu dan belajar,” katanya ketika ditemubual selepas selesai acara perasmian PLK di Rumah Untang Jirau, Sungai Yong Kapit.-TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.