Faith Fleur lahir jutawan anak Sarawak

Spread the love

KUCHING, 6 Nov : Syarikat produk penjagaan rambut Faith Fleur nekad masuk ke pasaran Sarawak menerusi strategi utamanya bagi membantu anak muda di negeri ini menjana pendapatan sendiri.

Pengasasnya, Siti Mariam Abdul Samad mahu produknya menjadi bualan orang Sarawak dengan strategi pemasaran menerusi papan iklan, radio dan juga ikon media sosial.

“Buat masa sekarang, strategi baru kita adalah melalui influencer Sarawak seperti UlatLat, Jefry dan Melissa Francis untuk memasuki pasaran Sarawak. Setakat ini, kita akan melantik beberapa orang untuk menjadi duta Faith Fleur di Sarawak yang akan mejadi muka depan Faith Fleur sendiri.

“Kita akan menyiarkannya di radio dan memperbanyakkan papan iklan supaya lebih ramai orang mengenali Faith Fleur dan lebih mudah untuk mempunyai ejen-ejen untuk menjual di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Rambut Terbaru Faith Fleur di Old Court House Kuching semalam.

Katanya, berasarkan pemerhatiannya masyarakat di Sarawak mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi.

“Oleh itu, apabila kita cuba membentuk, mengajar dan membimbing mereka dalam perniagaan saya sehingga lahirnya tiga hingga empat orang jutawan Faith Fleur daripada anak Borneo Sarawak.

“Saya suka akan semangat juang mereka dan saya percaya orang Sarawak boleh berjaya dengan semangat mereka. Saya bangga terhadap anak Sarawak dan sebab itulah kita hendak memperluaskan pasaran di Sarawak,” katanya lagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.