Rodiyah atur gerak jentera kempen di Batang Sadong mulai hari ini

Spread the love

SIMUNJAN, 05 Nov: Jentera kempen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Batang Sadong mula mengatur gerak mulai hari ini.

Menerusi inisiatif itu kata Rodiyah Sapiee pelbagai program telah diatur khusus untuk kawasan Batang Sadong bagi memancing undi hingga hari penentu, 19 November kelak.

“Kita akan membangunkan kawasan Batang Sadong dengan lebih maju dengan pelbagai pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebaik sahaja proses penamaan calon selesai di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan sokongan padu daripada pengundi di Batang Sadong ini berikutan kali ini merupakan langkah sulungnya menapak di arena politik.

“Sokongan yang padu 100 peratus terutamanya pengundi muda amat saya harapkan supaya kita dapat bekerjasama untuk membangunkan kawasan Batang Sadong di masa akan datang,” ujarnya.

Rodiyah antara muka baharu dipilih oleh GPS untuk menggantikan mantan Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri yang kini berpindah ke Parlimen P.193 Santubong.

Pada PRU-15, wanita berusia 44 tahun ini dicabar oleh calon Pakatan Harapan (Parti Amanah Rakyat), Lahaji Lahiya.

Umum mengetahui PRU-14 menyaksikan Nancy menawan Batang Sadong atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan 14,208 undian ketika menentang Othman Mustapha daripada Parti Pakatan Harapan yang mendapat undi sebanyak 1,880 undi, majoriti undi adalah sebanyak 12,328. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.