PRU-15: Tiada masalah Tiong menang di kerusi Parlimen Bintulu

Spread the love

BINTULU, 5 Nov : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing dijangka tidak menghadapi masalah mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini berdasarkan usaha serta kerja kerasnya memajukan kawasan itu selama ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom meminta pengundi memberi sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi meneruskan kesinambungan pembangunan berterusan di negeri ini.

“Kita minta semua rakyat memberi sokongan padu bagi menjamin kemenangan GPS untuk menubuhkan kerajaan yang lebih stabil di negara ini selepas pilihan raya, ” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon PRU-15 di sini, hari ini.

Katanya, Tiong yang bertanding bagi penggal keenam telah menunjukkan perkhidmatan yang sangat cemerlang sepanjang menjadi wakil rakyat di Parlimen Bintulu.

“Inilah masa yang sesuai kita menunjukkan sistem demokrasi di negara kita dengan memilih kerajaan yang benar-benar dapat mengubah nasib masyarakat, Bintulu telah ditransformasikan daripada pekan nelayan kepada pekan industri yang terulung di Sarawak.

Beliau turut merayu rakyat di Bintulu menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar membuang undi beramai-ramai pada 19 November ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.