PRU-15 : Reezal Merican berdepan tiga lawan di Kepala Batas

Spread the love

SEBERANG PERAI UTARA , 5 Nov : Kerusi Parlimen Kepala Batas menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Penyandang kerusi itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mewakili BN akan dicabar oleh PN yang mempertaruhkan Dr. Siti Mastura Mohamad.

PH pula meletakkan calon berusia 26 tahun dari parti MUDA, Danial Abdul Majeed manalala Pejuang menampilkan Hamidi Abu Hassan.

Pencalonan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kepala Batas, Zulkifli Rashid di pusat penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Pada PRU-14, Reezal Merican menang dengan memperoleh majoriti 5,736 undi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.