PRU-15: Proses penamaan calon 31 kerusi Parlimen di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 5 Nov: Pusat penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk 31 kerusi Parlimen di Sarawak mula dibuka pukul 9.00 pagi, hari ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding di semua 31 kerusi.

Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi ini berada di pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Batang Sadong, Parlimen Santubong dan Parlimen Petra Jaya untuk memberi sokongan kepada calon-calon GPS.

GPS mengetengahkan Rodiyah Sapiee di kerusi Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri di Santubong dan Dato Sri Fadillah Yusof di Petra Jaya.

Tiga puluh satu kerusi Parlimen di Sarawak ialah P.192 Mas Gading, P.193 Santubong, P.194 Petra Jaya, P.195 Bandar Kuching, P.196 Stampin, P.197 Kota Samarahan, P.198 Puncak Borneo, P.199 Serian, P.200 Batang Sadong, P.201 Batang Lupar, P.202 Sri Aman, P.203 Lubok Antu, P.204 Betong, P.205 Saratok, P.206 Tanjong Manis, P.207 Igan, P.208 Sarikei, P.209 Julau, P.210 Kanowit, P.211 Lanang, P.212 Sibu, P.213 Mukah, P.214 Selangau, P.215 Kapit, P.216 Hulu Rajang, P.217 Bintulu, P.218 Sibuti, P.219 Miri, P.220 Baram, P.221 Limbang dan P.222 Lawas.

Selain GPS, parti-parti lain di Sarawak ialah Pakatan Harapan (PH), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Perikatan Nasional (PN), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Bumi Kenyalang dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Proses penamaan calon bagi PRU-15 yang bermula 9 pagi hari ini di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10 pagi ini.

Sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU-15 selama 14 hari bermula secara rasmi hingga 11.59 malam, 18 Nov nanti.

SPR menetapkan hari pengundian PRU-15 pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

P.192 Mas Gading

Di Mas Gading, pertandingan tiga penjuru membabitkan Sim Min Leong (PBK), Lidang Disen (GPS) dan Mordi Bimol (PH).

P.193 Santubong

Kerusi Santubong menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Dato Sri Nancy Shukri (GPS), Affendi Jeman (Bebas) dan Mohamad Zen Peli (PH).

P.194 Petra Jaya

Naib Presiden Kanan PBB Dato Sri Fadillah Yusof (GPS) mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-14 dengan berhadapan cabaran Sopian Julaihi (PH) dan Datuk Othman Abdillah (Sedar).

P.195 Bandar Kuching

Pertandingan tiga penjuru di Bandar Kuching membabitkan Tay Tze Kok (GPS), Voon Lee Shan (PSB) dan Kelvin Yii Lee Wuen (PH).

P.196 Stampin

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen (PH) berhadapan cabaran Lo Khere Chiang (GPS) dan Lue Cheng Hing (PSB) dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Stampin.

P.197 Kota Samarahan

PRU-15, kerusi ini menyaksikan pertandingan dua penjuru membabitkan Datuk Rubiah Wang (GPS) dan Abang Abdul Halil Abang Naili (PH).

P.198 Puncak Borneo

Pertandingan tiga penjuru di Puncak Borneo membabitkan Datuk Willie Mongin (GPS), Diog Dios (PH) dan Iana Akam (PSB).

P.199 Serian

Satu lagi kerusi menyaksikan pertandingan empat penjuru – Serian membabitkan Alim Impira (Bebas), Dato Sri Richard Riot Jaem (GPS), Elsiy Tingang (PSB) dan Learry Jabul (PH).

P.200 Batang Sadong

Calon muka baharu GPS, Rodiyah Sapiee bertembung dalam pertandingan satu lawan satu dengan Lahaji Lahiya (PH) di Batang Sadong.

P.201 Batang Lupar

Calon muka baharu GPS, Mohamad Shafizan Kepli berhadapan dengan dua calon – [email protected] Rojis (PH) dan Hamdan Sani (PN).

P.202 Sri Aman

Empat penjuru di Sri Aman melibatkan calon muka baharu GPS Dato Sri Doris Sophie Brodie, Wilson Entabang (PSB), Datuk Masir Kujat (Bebas) dan Tay Wei Wei (PH).

P.203 Lubok Antu

Empat calon yang bertanding di Lubok Antu ialah Jugah Muyang (PN), Johnical Rayong Ngipa (PSB), Roy Angau Gingkoi (GPS) dan Langga Lias (PH).

P.204 Betong

Calon muka baharu GPS di kerusi Betong, Dr Richard [email protected] Begri berhadapan dengan dua pencabar – Patrick Kamis (PH) dan Hasbie Satar (Bebas).

P.205 Saratok

Giendam Jonathan Tait (GPS), Datuk Ali Biju dan Ibil Jaya (PH) bertembung di Saratok.

P.206 Tanjong Manis

Pertandingan satu lawan satu di Tanjong Manis antara Yusuf Abd Wahab (GPS) dan Ustazah Zainab (PH).

P.207 Igan

Ahmad Johnie Zawawi (GPS) dan Hud Andri Zulkarnaen (PH) akan bertanding merebut kerusi Igan.

P.208 Sarikei

Calon GPS, Huang Tiong Sii dan calon PH Roderick Wong Siew Lead bertembung di kerusi Sarikei.

P.209 Julau

Pertandingan empat penjuru di Julau melibatkan Suhana Abdullah (PBDS), Datuk Joseph Salang Gandum (GPS), Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM) dan Elly Lawai Ngalai (Bebas).

P.210 Kanowit

Pertandingan lima penjuru di Parlimen Kanowit membabitkan Joseph Nyambong (PH), Dr Elli Luhat (Bebas), Aaron Ago Dagang (GPS), George Chen (Bebas) dan Michael Lias (Bebas).

P.211 Lanang

Pertandingan empat penjuru di Lanang membabitkan Dato Wong Tiing Kiong (Bebas), Priscilla Lau (PSB), Alice Lau Kiong Yieng (PH) dan Wong Ching Yong (GPS).

P.212 Sibu

Oscar Ling Chai Yew (PH) berhadapan tentangan daripada Clarence Ting Ing Horh (GPS) dan Dato Sri Wong Soon Koh (PSB) bagi mempertahankan kerusi Sibu dimenanginya pada PRU-14.

P.213 Mukah

Dato Hanifah Hajar Taib calon GPS berhadapan tentangan daripada calon PH, Abdul Jalil Bujang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Mukah yang dimenanginya pada PRU-14.

P.214 Selangau

Calon-calon yang sah bertanding di Selangau ialah Umpang Sabang (PH), Edwin Banta (GPS) dan Henry Joseph Usau (Bebas).

P.215 Kapit

Bekas Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi kali ini berhadapan dua pencabar –  Khusyairy Pangkas Abdullah (PH) dan  Robert Saweng (PBDSB).

P.216 Hulu Rajang

Calon GPS, Datuk Wilson Ugak Kumbong berdepan dengan pencabar Abun Sui Anyit (PH) bagi kerusi Parlimen Hulu Rajang.

P.217 Bintulu

Pertandingan tiga penjuru di Parlimen Bintulu membabitkan Duke Janteng (PN), Dato Sri Tiong King Sing (GPS) dan Tony Chiew Chan Yew (PH).

P.218 Sibuti

Lukanisman Awang Sauni (GPS) berhadapan tentangan Zulhaidah Suboh (PH) dan Bobby William (PBDS) dalam mempertahankan kemenangannya pada PRU-14.

P.219 Miri

Tiga calon merebut kerusi Parlimen Miri ialah Jeffery Phang Siaw Foong (GPS), Datuk Lawrence Lai Yew Son (PSB) dan Chiew Choon Man (PH).

P.220 Baram

Datuk Anyi Ngau (GPS) ditentang Roland Engan (PH) dan Wilfred Entika Rebai (Bebas) dalam merebut kerusi Parlimen Baram.

P.221 Limbang

Kerusi Parlimen Limbang menyaksikan persaingan satu lawan satu pada PRU-15 membabitkan Datuk Hasbi Habibollah (GPS) dan Racha Balang (PH).

P.222 Lawas

Pertandingan tiga penjuru turut berlaku di kerusi Lawas melibatkan Datuk Henry Sum Agong (GPS), Japar Suyut (PH) dan Baru Bian (PSB).

 

 

 

 

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.