PRU-15: Alexander Nanta Linggi dicabar PKR dan PBDS di Kapit

Spread the love

KAPIT, 5 Nov: Kapit menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Nanta yang juga penyandang kerusi parlimen itu telah dicabar oleh Pangkas Unggang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Robert Saweng dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Nanta diiringi 600 penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) di perkarangan pusat penamaan merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan iaitu pada jam 9.07 pagi.

Sedia maklum, Nanta telah menjadi Ahli Parlimen Kapit sejak tahun 1999, dan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan majoriti 10,479 undi.

Pada PRU-15 ini jumlah pengundi di kawasan P.215 Kapit ialah 44, 977 orang. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.