PRU-15: Calon muda GPS memperjuangkan MA63

Spread the love

SRI AMAN, 5 Nov: Calon muda Gabungan Parti Sarawak (GPS) Mohd Shafizan Kepli akan memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia (MA63) di Parlimen sekiranya diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Batang Lupar pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi, sungguhpun berusia 37 tahun, beliau optimis Shafizan mampu mengalas tugas sebagai Ahli Parlimen.

“Suara dari Sarawak mesti didengar jelas di Parlimen Kuala Lumpur lebih-lebih lagi untuk menuntuk hak kita (Sarawak) dalam MA63,” tegasnya ketika ditemui pemberita pada Pusat Penamaan Calon P201 Batang Lupar yang berlangsung di Pejabat Daerah Sri Aman pagi tadi.

Tambahnya lagi, sokongan rakyat terhadap GPS masih utuh dan beliau percaya GPS akan menang bergaya pada PRU-15  ini.

Barisan calon GPS yang bertanding di 31 kawasan parlimen seluruh Sarawak kata Julaihi adalah calon yang berwibawa dan mampu membawa agenda GPS.

Kenyataan Julaihi turut disokong oleh bekas Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sambil menambah bersedia untuk berkongsi ilmu kepada calon baharu itu sekiranya diperlukan.

“Tradisi kita di GPS dan PBB adalah orang lama akan membantu orang baharu,” ujarnya berbesar hati untuk membantu Shafizan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.