Getaran Jiwa: Mutu vokal Aruel dan Santiana pukau juri

Spread the love

KUCHING, 5 Nov : Langkah guru vokal, Aruel Ariel berjaya mara ke peringkat separuh akhir pentas Getaran Jiwa digambarkan menepati ramalan ramai.

Anak jati Selangor ini mendendangkan lagu Putus Sudah Kasih Sayang dengan bergenre latin tango semalam telah mendapat tepukan gemuruh daripada juri jemputan, Noraniza Idris usai persembahannya.

“Sudah tentu saya berasa tertekan kerana walaupun saya adalah seorang guru vokal, namun saya adalah seorang insan biasa yang akan melakukan kesilapan,

“Saya nak menang tetapi apabila orang telah meletakkan jangkaan yang tinggi untuk saya, sukar untuk saya mencari jalan untuk menangkan diri saya untuk menambat hati juri dan juga para penonton,” katanya yang masih tidak percaya mendapat pujian daripada Noraniza Idris.

Ketika ditemui TVS selepas konsert, Aruel, 35 menjanjikan persembahan terbaik pada minggu akan datang serta tidak akan mengecewakan ramai pihak yang yakin terhadap persembahannya.

Sementara, lakaran sejarah minggu ini turut diciptakan lagi oleh seorang guru Bahasa Inggeris dari SK Bingkor, Keningau, Sabah iaitu Santiana Ramli, 30.

Kemampuan Santiana mendahului perserta lain menjadikan minggu ini tiada peserta kelahiran Sarawak berjaya mara ke peringkat separuh akhir Getaran Jiwa.

Mendendangkan lagu Tiru Macam Saya, Santiana berani bereksperimen mencari vokal sebenar miliknya dalam olahan irama sesuai agar berjaya menghidangkan mutu persembahan dan vokalnya.

“Bagi saya Getaran Jiwa terbitan TVS ini merupakan satu platform yang terbaik buat saya kerana rancangan ini membenarkan kami semua untuk menjadi lebih kreatif dalam persembahan dan pengubahan lagu kami,” ujarnya.

Aruel dan Santiana akan bersama dengan Sam Dean, Izwan Dahlan, Suili George dan Mady Spuan untuk berentap di separuh akhir.

Empat lagi peserta akan diketahui menerusi episod keempat dan minggu kelima.

Saksikan Getaran Jiwa pada Jumaar, jam 8:45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.

Getaran Jiwa juga boleh disaksikan secara langsung di Stadium MBKS, Bintawa dan pintu akan dibuka seawal jam 7:00 malam.

Masuk adalah percuma. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.