Fahami aspirasi perjuangan GPS, jayakan Agenda Sarawak 

Spread the love

LIMBANG, 5 Nov : Rakyat Sarawak harus memahami aspirasi dan perjuangan  Gabungan  Parti Sarawak (GPS) dalam menjayakan  Agenda Sarawaknya sendiri bagi memartabatkan rakyat dan hasrat  Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

Calon GPS kerusi Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, perjuangan itu  perlu difahami dalam  memacu Sarawak menjadi negeri maju di negara ini.

Hasbi yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menambah  perjuangan Sarawak dalam membawa  Agenda Sarawak akan diberi tumpuan sebagai isu utama dalam menyantuni rakyat sepanjang tempoh berkempen ini.

“Saya berharap peringkat kita yang pertama sekali ialah memberikan semangat kepada semua ahli GPS di Limbang dan seluruh negeri  kita supaya memahami perjuangan ini adalah memartabatkan GPS, memartabatkan negeri Sarawak,” katanya ketika ditemui media selepas Sesi Motivasi Pengukuhan Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di sini hari ini.

Hadir sama  ialah  Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr  Abdul Rahman  Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

Menurut Hasbi,  usaha dan inisiatif agenda pembangunan Sarawak dilaksanakan secara berterusan dan tiada penghujungnya.

“Kerja-kerja dan  projek-projek pembangunan adalah kerja berterusan,  Sarawak mempunyaI agenda yang  lebih besar di bawah GPS yang diterajui Premier Sarawakt, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

GPS sentiasa tetap dengan agenda pembangunannya bagi mengukuhkan kewangan negeri melalui Wawasan 2030  dan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 yang akan diteruskan untuk generasi akan datang, ” jelasnya.

Katanya, Agenda Sarawak lebih dominan selain daripada isu kemudahan asas, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, jalan raya, pendidikan dan sebagainya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.