Berjaya tawan Puncak Borneo adalah kemenangan GPS – Willie

Spread the love

PUNCAK BORNEO, 5 Nov: Sebarang unsur sabotaj dalam kalangan ahli parti boleh jejaskan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penyandang kerusi Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin mengharapkan kerjasama semua pihak untuk beliau menawan parlimen itu sekali lagi.

Menurutnya sasaran GPS adalah memastikan suara anak Sarawak lebih didengari di Parlimen selepas ini.

“Kemenangan ini bukan untuk Willie Mongin sahaja tetapi kemenangan ini adalah kemenangan GPS,” kata Willie kepada media selepas pengumuman rasmi bagi Penamaan Calon Parlimen P198 Puncak Borneo, hari ini.

Justeru beliau menyeru seluruh rakyat di Puncak Borneo bersatu hati memberi kemenangan kepada GPS pada 19 November ini.  – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.