PRU-15: Seramai 41,999 pemilih layak mengundi di Parlimen Limbang

Spread the love

LIMBANG, 4 Nov: Seramai 41,999 pemilih layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Limbang dengan sebanyak 53 lokasi akan digunakan pada hari pengundian nanti berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Limbang, Petrick Linggie Taboh berkata, sebanyak 101 saluran pusat mengundi dibuka bagi memudahkan orang ramai membuang undi, ini tidak termasuk undi pos.

“Pusat Penamaan Calon akan diadakan di Dewan Suarah Limbang esok, tempoh penyerahan borang pencalonan telah ditetapkan pihak SPR bermula pada jam 9 pagi sehingga 10 pagi sahaja, ” katanya pada Taklimat Pegawai Pengurus Pilihan Raya  Limbang bersama media di sini, semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Daerah Limbang (MDL) berkata, calon tidak dibenarkan untuk menyerahkan borang pencalonan mereka lebih awal atau lewat dari tempoh yang ditetapkan.

“Sementara itu, bagi hari pengundian pula, Pusat Mengundi akan dibuka bermula jam 7.30 pagi, melihat kepada trend Pilihan Raya Negeri (PRN-12) yang lepas, saya jangkakan mungkin ada diantara Pusat Mengundi yang akan tutup awal iaitu sekitar jam 2 petang, ” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.