Jaga disiplin, jangan ada provokasi esok – PM

Spread the love

PAHANG, 4 Nov : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan agar ahli dan penyokong semua parti yang hadir pada proses penamaan calon untuk menjaga disiplin serta elak sebarang perbuatan provokasi.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera menekankan situasi positif amat penting bagi memastikan keharmonian sepanjang proses penamaan calon dijalankan esok.

“Penyokong-penyokong akan turun esok daripada semua parti dan akan membawa ramai penyokong. Saya percaya beribu-ribu akan ada esok di setiap kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di bilik gerakan BN Parlimen Bera, di Pahang pada hari ini.

“Kita semua bersama-sama hendak menghantar dan mengiringi calon kita dengan harapan calon kita boleh bertanding dengan baik dan menang. Selepas itu, esok hanyalah hari pertama untuk penamaan calon jadi janganlah tiba-tiba kerana provokasi tersebut boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan sebagainya,” ujarnya.

Ismail akan mempertahankan kerusi parlimen Bera dijangka bakal berdepan saingan daripada calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Haji Abas bin Haji Awang dan Parti Pribumi Perikatan Malaysia (BERSATU) iaitu Asmawi Harun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian, manakala undi awal pada 15 November. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.